Keblinger

Keblinger

Sejarah Kewujudan Nasi Lemak

| 01 June 2012
Sejarah kewujudan nasi lemak! Tak tahu pulak aku folio sejarah memerlukan murid huraikan asal usul nasi lemak. Dulu masa aku sekolah, takde pulak kena cari sejarah pasal nasi lemak ni. Hehe. Back to topic. Siapa pengasas dan dari mana asalnya? Bawah ini aku ada sediakan sedikit info yang mungkin boleh membantu tentang nasi lomak ni.

sejarah nasi lemak

ASAL USUL NASI LEMAK

Pada era kesultanan Melaka, ada sepasang ibu dan anak bernama mak kuntum dan seri. Suami mak kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di selat melaka. Oleh sebab itu mak kuntum terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan dia dan anaknya dan kerjanya ialah mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, mak kuntum keluar untuk mencari pelanggan. 

Pada suatu hari, timbul rasa jemu dalam diri seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Kemudian seri mendapat idea. Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. 

Mula-mula seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut. “Biar bau nasi yang dicampur dengan daun pandan ni dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti.” katanya.

Pada waktu tengahari, mak kuntum pulang kerumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak untum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya. “Apa kau masak ni, seri?” Jawapan seri : “Nasi ler! Mak!” jawab seri berulang kali. Mak kuntum bertanyakan lagi kepada seri. Seri menjawap dengan jawapan yang sama : “Nasi le mak!”, “Nasi le mak!”, “Nasi le mak!”. 

Semenjak hari itu, nasi tersebut dikenali sebagai NASI LEMAK.

*Bodohnya sejarah nasi lemak ni. Heheh. Lantaklah. Yang penting harapnya info ni boleh membantulah ye.

Sumber diolah semula dari : Ammboi

Majlis Resepsi Fasha Sandha Di Perlis 3 Jun 2012

|
Majlis resepsi fasha sandha akan berlangsung di perlis! Rasanya ramai bertanya dimana dan bila majlis resepsi fasha sandha berlangsung. Tanya tuan empunya badan pun senyap je. Akhirnya hari ni penantian peminat fasha terjawap bila blog murai mengeluarkan gambar kad jemputan majlis resepsi beliau yang akan berlangsung pada 3 jun ini di kampung fasha, perlis.


Majlis akan berlansung bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 4 petang. Lokasi majlis resepsi ni berlangsung ialah di sebuah resort di perlis iaitu tasoh lake resort & retreat. Cuma aku masih tak dapat pastikan sama ada majlis ini eksklusif, khas untuk tetamu yang dijemput hadir atau pun open je. Rasanya siapa-siapa yang tinggal berdekatan dengan resort tu, kalau korang peminat fasha boleh je kot datang. Takde masalah rasanya. 

Anyway, bawah ni gambar kad jemputan tu. Klik readmore untuk tengok. Kredit gambar : Blog Murai.   


Artis K-pop Hari Belia 2012 Kerajaan Bayar RM2.04 Juta

|
Kerajaan bayar RM2.04 juta artis k-pop hari belia 2012? Betulkah konsert k-pop hari belia 2012 kerajaan bayar RM2.04 juta? Berdasarkan sumber, roti kaya, khabar ini mula disebarkan dibeberapa blog politik. Agak terkejut jugak aku bila tengok jumlah bayaran tu. Gila banyak. 


Sebelum ni keadaan agak panas sekejap bila pembatalan cerama ustaz azhar idrus dikaitkan dengan konsert k-pop ni. Apa-apa pun, yang menarik perhatian aku ialah dua dokumen tuntutan kat bawah. Kat situ jelas menunjukkan amaun yang perlu dibayar sebab bawa masuk artis k-pop ialah sebanyak RM2.04 juta. RM1.8 juta pulak ialah bayaran untuk artis tempatan. Total menjemput artis tempatan dan luar negara SAHAJA dah mencecah RM3.84 juta.

Tapi aku suggest jangan percaya secara total dengan dua dokumen tuntutan perbelanjaan kat bawah ni. Sebab mungkin ini hasil kerja pihak-pihak yang tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri dan dokumen kat bawah terlalu 'biasa' untuk event besar-besaran dengan jumlah bayaran yang mencapai jutaan ringgit. 


Hari Jadi Scha Alyahya Yang Pertama Selepas Kahwin

| 31 May 2012
Hari jadi scha alyahya yang pertama selepas berkahwin! Semalam awal ashaari meraikan hari lahir scha alyahya ke 29. Aku rasa bagi scha, hari lahir kali ni lebih bermakna dari tahun sebelum-sebelum ni sebab kali ini dia meraikannya bersama suami tercinta, awal ashaari.

hari jadi scha alyahya ke 29

Pada yang tak tahu, scha dilahirkan pada 30 mei 1983. Ini bermakna dah masuk 29 umur scha. Actually aku tak jumpa lebih banyak gambar majlis ini sebab majlis ni diraikan secara ekslusif, jemputan terhad kepada ahli keluarga dan rakan-rakan media yang terdekat je. Tempat pun dirahsiakan. Fuh, betul punya privacy. Takpe, kalau aku jumpa banyak gambar masa masjlis ni, aku akan update artikel baru. 

Anyway, selamat hari jadi yang ke 29 buat scha. Semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia disamping awal hingga akhir hayat. Pada peminat tegar scha yang nak wish happy birthday, bolehlah ke facebook scha alyahya. Kredit gambar dan info : Oh bulan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2010 Akid azami