Film Mencari Cinta Sinopsis Lakonan Nora Danish

on 28 April 2012

Info sinopsis tentang film mencari cinta lakonan nora danish. Filem yang diarahkan oleh shirin haji khuzaimi ini akan berada di pawagam pada hari raya tahun ini. Genre cerita ni ialah romantik percintaan dan dimasukkan sedikit elemen komedi. Tengok nama cerita ni pun kita dah tahu cerita ni pasti akan buat kita leka melayan jalan cerita dia yang mengasyikkan.


Sinopsis :

Mengisahkan myra tan sri johan yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan pemuda pilihannya, malek tetapi disaat akhir niatnya terbatal kerana malek dah mempunyai teman wanita lain. Dalam pada itu pula, razlan ariffin pemuda kampung yang telah diputuskan tali pertunangan oleh tunangnya mila sebab ingin menyambung pelajaran.

Bagaimanapun razlan menerima kenyataan mila dan dia tiada jodoh. Tan sri johan akhirnya mendapat idea untuk meminta pertolongan kakak iparnya iaitu ibu bapa razlaz. Tujuan awal beliau memang hendak myra dengan razlan berkahwin sekiranya myra tiada pilihan sendiri. Namun latar belakang myra dan razlan begitu kerana razlan dibesarkan cara kampung, manakala myra pulak moden cara pemikirannya.

Jodoh temukan myra dan razlan. Disini bermula kelucuan dan kisah cinta yang unik. Sesuatu yang lahir daripada keikhlasan hati. Razlan seorang pemuda yang suka memetik gitar dan menyanyi dan myra dalam diam tertarik dengan personaliti razlan.

Barisan pelakon utama mencari cinta : rusdy ramli, nora danish, fauziah gous, riezman khuzaimi dan connie ahmad. Nantikan cerita yang dijamin layan ini di pawagam berhampiran korang!
Ranking: 5

{ 5 comments... read them below or add one }

luqman zakaria said...

nora danish!! :) love u~


28 April, 2012
Anonymous said...

rosak akidah....


18 September, 2012
Anonymous said...

BILA NAK KUA NIH.....DAH LAMA TUNGGU..X SABAR NK TGK LAKONAN KAK NORA NI :)GUD LUCK


19 September, 2012
Anonymous said...

Love u Kak Nora.....x kua lgi ker movie NIH..:)


19 September, 2012
Anonymous said...

boikot!!!


09 October, 2012

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...