Permohonan Program Tajaan Mara 2012

on 18 April 2012

Info permohonan tentang program tajaan mara tahun 2012 untuk lepasan spm 2011. Bawah ni ialah beberapa perkara yang perlu korang kena tahu pasal program ini sebelum korang pasti akan buat permohonan mara ni. 

Syarat Asas

1. Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera
2. Warganegara Malaysia
3. Salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia
4. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2011 bagi kali pertama Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama
5. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti aids, hiv.


Syarat Khas

Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan minimum bagi mengikut program berikut :




Cara memohon

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di portal ePermohonan mara. Permohonan program pinjaman pelajaran mara menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di halaman utama ePermohonan.

Take note : Pendaftaran akaun adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan. 

Selepas mengisi borang atas talian, pemohon perlu isi borang manual yang perlu ditulis kod program yang dipohon di atas ruangan gambar. Muat turun borang di borang permohonan pinjaman pelajaran mara. Borang permohonan perlu dicetak dan dilengkapkan sebaik sahaja permohonan atas talian (online) dibuat. Hantar borang tersebut ke :

Program Khas Lepasan SPM 2011
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA 
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA 21 Jalan Raja Laut
50609, Kuala Lumpur

Tarikh Tutup 

Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu sampai ke mara sebelum atau pada 25 April 2012. 

Panggilan temuduga 

Semakan keputusan berjaya panggilan temuduga bagi pemohon yang memilih program ijazah luar negara boleh disemak mulai 7 Mei 2012 di laman web mara. 

Keputusan permohonan 

Semakan permohonan yang lulus bagi program ijazah dlalam negara dan program cemerlang IPMa boleh disemak bermula pada 15 Mei 2012. Semakan keputusan pemohon berjaya bagi program ijazah luar negara boleh disemak bermula pada 1 Jun 2012. 

Semua semakan boleh dibuat di laman web mara.


*Sumber diolah semula dari : Melvister
Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Abdul Razak said...

salam Akid Azami, anak saya salah seorang pemohon utk ke luar negara. Dia ingin memohon bidang kejuruteraan, specifically Computer Engineering. Tapi dlm table lampiran cuma ada Kejuruteraan sahaja, so tak tahu nak pilih lokasi persediaan di UiTM Shah Alam, Kolej Mara Banting, etc. . . juga negara mana yg sesuai dgn Computer course samada nak pilih UK, USA, German, Kanada. . . etc. Sangat mengharapkan bantuan tuan segera. Jutaan terima kasih


21 April, 2012
Akid azami said...

salam bos! untuk lokasi persediaan, saya pun tak berapa pasti. rasanya lagi molek kalau bos contact uitm dengan kolej mara sendiri untuk pengesahan sebenar.

Negara mana yang sesuai dengan computer course tu, kalau nak ikutkan semua sesuai dan ok. Yelah, kalau nak cari yang betul2 bagus, memang takkan dapat. Setiap tempat study kat dunia ni mesti ada jugak cacat celanya kan. Jadi terpulang pada bos dengan anak bos nak pilih yang mana satu.


21 April, 2012
Suriani Binti Atan said...

Anak saya ingin berhasrat untuk menjadi pensyarah dalam bidang Sains (Kimia), kursus apa yang sesuai untuk dipohon. Terima kasih kerana membantu.


25 July, 2012
Anonymous said...

ASSALAM MOHON PERTOLONGAN SAYA SALAH ISI BORANG MARA SEBAB KLIK TAHUN PENGAJIAN YG KEDUA SEPATUTYA YG PERTAMA ... N SAYA TELAH SUBMITKAN KEPADA MARA DAN DAPAT TAWARAN MARA BERMULA TAHUN HADAPAN ... PIHAK MARA BOLEH CANCEL ATAU X PERMOHONAN SAYA ITU.. TAMBAHAN PULA SAYA BELUM SUBMIT LAGI BORANG2 YG DIPERLUKAN OLEH PIHAK MARA DAN X BERSERTAKAN DENGAN TANDATANGAN


06 February, 2013

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...