Ameera Sinopsis Drama Slot Samarinda Tv3

on 19 May 2012

Info sinopsis tentang ameera slot samarinda tv3. Drama yang diarahkan oleh murali abdullah ini akan mula ditayangkan pada penonton pada 23 mei 2012. Cerita yang akan menggantikan drama mahabbah ini ber-genre cinta (konflik, pengorbanan). Yang bestnya ialah barisan pelakon dia (syamsul yusof, rita rudaini, zarina af, jasmin hamid, faizal hussein dan sabrina ali) pun kita dah tahu cerita ni pasti best dan mampu setanding dengan drama tv3 jenisan cinta yang lain.

sinopsis ameera drama slot samarinda

Sinopsis :

Mengisahkan sebuah perjanjian antara dua kekasih untuk mendapatkan zuriat. Rita rudaini melakonkan watak seorang isteri yang tak ada anak, tetapi mengupah seorang wanita lakonan zarina af untuk mengandungkan anak dari zuriat suaminya (syamsul yusof). Lepas tu barulah wanita itu diceraikan dengan upah RM360 ribu. Drama ini disuntik dengan elemen aksi (faizal hussein bawa watak gangster dan bapak ayam) dan banyak menerapkan elemen-elemen konflik, pengorbanan, penipuan, dan sifat semula jadi manusia iaitu tamak.

Barisan pelakon utama ameera : syamsul yusof, rita rudaini, faizal hussein, jasmin hamid, zarina af, dan sabrina ali. Nantikan drama ni di slot samarinda bermula 23 mei 2012! Kredit sinopsis : blog nurizspace


Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

cepatla ending dia x sbr nk tgk......x suka zila dlm cite tue giler(sakit jiwa)


13 July, 2012

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...