Erra Fazira & Engku Emran Tak Bercerai, Masih Bersama

on 14 May 2012

Erra fazira dan engku emran tak bercerai, masih bersama - Aku rasa kebelakangan ini memang banyak gosip tentang rumah tangga erra disebut-sebut peminat dan peminat dunia hiburan tempatan sama ada di forum atau blog. Contohnya macam dia dan suami bergaduh, dia dimadukan, diceraikan lah. Tapi semalam di Bipop, erra dah menjelaskan sepenunya status perkahwinan dan keadaan rumah tangga dia yang ternyata jauh berbeza dengan gosip liar tentang dia sebelum ni.


Kata erra tentang gosip rumah tangganya di akhbar bipop 13 mei 2012 :

Emran masih lagi suami saya dan bapa kepada anak kami, aleesya. Saya tahu orang luar suka bercakap tentang rumah tangga saya, macam-macam gosip saya dah dengar dan baca tapi hakikatnya, suami masih ada di depan mata. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia? Biarlah mereka bercakap selagi boleh. Jika saya nafikan, nanti ada yang cakap saya cuba berselindung. Nak berselingdung apanya kalau dah gosip tu tak benar! Saya tak suka membebankan fikiran, soalnya orang luar lebih mengetahui soal isi rumah tangga saya. Bagi saya, suami dan anak menjadi keutamaan, kerjaya pula sudah jatuh nombor dua selepas saya berkahwin.

Rasanya dengan jawapan dari erra sendiri tentang rumah tangganya ini , mereka-mereka yang sibuk mengata erra begitu erra begini di forum atau di blog bolehlah berhenti mengata. Lagipun tak molek rasanya kita yang tak mempunyai sebarang kaitan dengan erra tiba-tiba masuk campur soal rumah tangganya dan mengata benda yang bukan-bukan. Pada peminat, sama-sama doakan kebahagian rumah tangga erra sekeluarga kekal hingga akhir hayat.
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

kalau cerai pun...apa salahnya....:P biasa la artis...memang life dorang mcm tu..kawin cerai saja...pastu kawin lagi...pastu cerai...jantan betina semua boleh 'rasa' ..hahahahah


09 July, 2012
Anonymous said...

syukur
allamdulillah
semuanya
selamat


08 September, 2012

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...