Gambar Majlis Kahwin Scha Al Yahya Dan Awal Ashaari

on 05 May 2012

Gambar masa majlis kahwin scha al yahya dan awal ashaari - Beberapa kali kita disogokkan preview teaser, akhirnya nikah jugak pasangan ni. Mereka sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz oleh awal jam 9.17 malam semalam.


Gembira betul rasa hati aku bila tengok diaorang berjaya disatukan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Untuk makluman korang, majlis ni berlangsung di pullman putrajaya lakeside dengan diwalikan oleh ayah scha sendiri. Mas kahwin berjumlah RM2050 dan jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Tentang hantaran nikah, pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berupa set barang kemas, bunga rampai dan sirih junjung, sehelai pakaian, kasut berjenama christian louboution, beg tangan jenama dior, senaskah al-quran dan manisan kurma beserta kek. Hantaran dari pihak lelaki dibalas dengan 9 dulang oleh pihak perempuan berupa sirih junjung dan bunga rampai, senaskah al-quran, mac book, dompet bottega veneta, sehelai baju melayu, kasut hermes, seutas jam tangan cartier serta coklat dan kek. 

Anyway, setinggi-tinggi tahniah diucapkan pada awal dan scha. Pada aku kedua-dua pasangan ni memang secocok dan harapnya mereka akan berbahagia hingga ke akhir hayat. Tahniah sekali diucapkan. Lagi beberapa gambar sekitar majlis untuk korang tatapi dengan klik read more. Kredit gambar oh bulan.






Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...