Saiful Apek Tuntut Hutang Dari David Teo

on 11 May 2012

Saiful apek tuntut hutang rm200,000 dari david teo? Baru je semalam atau dua hari lepas aku ternampak screenshot saiful apek dah maafkan david di atas keterlanjuran katanya dalam isu minta sedekah arwah bob kuman. Aku pun fikir dah settle lah masalah antara diaorang sebab nampak macam dah berdamai balik. Sekali aku terbaca laporan dalam harian metro hari ini yang apek akan tuntut hutang dari david teo. Pulak dah?


Berdasarkan laporan tu, saiful apek menyatakan david teo tak langsaikan pulangan pelaburannya dalam filem anak mami kembali dan lady bos sebanyak RM200,000. Tu pulangan pelaburan. Belum masuk lagi duit lakonan apek untuk kedua filem tu yang mencecah RM100,000. Gila. Berdasarkan laporan tu lagi, david jugak dikatakan gagal siapkan album apek yang kalau mengikut kontrak, album tu patut siap tahun 2005. Fuhh.. Ini dah kira pecah amanah ni.


Dan untuk makluman korang, satu sidang media akan diadakan pada jam 2 petang ahad ni untuk apek tunjukkan segala bukti dan dokumen berkaitan hutang david pada beliau. Actually ada lagi 50 artis yang akan sertai saiful apek dalam sidang media ni sebab diaorang pun nak tuntut hutang. 

Hmm hari ahad tak lama je lagi. Lagi dua hari je. Kalau ada perkembangan terkini isu ni ahad nanti, aku akan update sini. Nantikan update isu ni nanti. 
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Crew Fathi said...

Ooo.. cam tu... Sian Apek.. Huhu


11 May, 2012

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...