Sejarah Kewujudan Nasi Lemak

on 01 June 2012

Sejarah kewujudan nasi lemak! Tak tahu pulak aku folio sejarah memerlukan murid huraikan asal usul nasi lemak. Dulu masa aku sekolah, takde pulak kena cari sejarah pasal nasi lemak ni. Hehe. Back to topic. Siapa pengasas dan dari mana asalnya? Bawah ini aku ada sediakan sedikit info yang mungkin boleh membantu tentang nasi lomak ni.

sejarah nasi lemak

ASAL USUL NASI LEMAK

Pada era kesultanan Melaka, ada sepasang ibu dan anak bernama mak kuntum dan seri. Suami mak kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di selat melaka. Oleh sebab itu mak kuntum terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan dia dan anaknya dan kerjanya ialah mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, mak kuntum keluar untuk mencari pelanggan. 

Pada suatu hari, timbul rasa jemu dalam diri seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Kemudian seri mendapat idea. Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. 

Mula-mula seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut. “Biar bau nasi yang dicampur dengan daun pandan ni dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti.” katanya.

Pada waktu tengahari, mak kuntum pulang kerumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak untum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya. “Apa kau masak ni, seri?” Jawapan seri : “Nasi ler! Mak!” jawab seri berulang kali. Mak kuntum bertanyakan lagi kepada seri. Seri menjawap dengan jawapan yang sama : “Nasi le mak!”, “Nasi le mak!”, “Nasi le mak!”. 

Semenjak hari itu, nasi tersebut dikenali sebagai NASI LEMAK.

*Bodohnya sejarah nasi lemak ni. Heheh. Lantaklah. Yang penting harapnya info ni boleh membantulah ye.

Sumber diolah semula dari : Ammboi
Ranking: 5

{ 5 comments... read them below or add one }

♥ Nana BamBam ♥ said...

suka nasi lemak letak halba sikit..sodappp :P


01 June, 2012
NadNod said...

tak pernah tahu tentang sejarah ni. HAHA. anyway, i still love eating Nasi Lemak for breakfast ;D


01 June, 2012
zila norazila said...

owhh baru ku tahu:)


01 June, 2012
Gunawathy Ganesh said...

thank u akhirnya dapatlah juga sye cari maklumat tentang nasi lemak so mudahlah sy siapkan folio iiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


21 April, 2013
Miko Yong said...

Thx For this ^^


07 June, 2013

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...