Harga Sony Xperia Neo L Malaysia

on 12 July 2012

Info harga sony xperia neo l malaysia! Model terbaru telefon bimbit sony xperia neo l ini boleh didapati dengan harga serendah Rm 888. Dengan harga yang memang cantik (murah dan mampu dimiliki oleh semua orang), semestinya peminat telefon bimbit dah tak sabar nak sambar satu nanti. 

harga sony xperia neo l malaysia

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa sony letak harga murah untuk model ini sedangkan minggu lepas untuk xperia go, harga pasaran malaysia ialah Rm 999. Kemungkinan besar harga yang murah ini ialah salah satu langkah untuk menarik lagi ramai pembeli.

Berbalik pada topik, pada yang tertanya-tanya spesifikasi xperia neo l, ia mempunyai skrin seluas 4 inci, 2 kamera iaitu kamera di depan dan kamera di belakang. Untuk kamera di belakang, ia dilengkapi dengan lensa 5 megapixel. Selain dilengkapi dengan cip pemprosesan 1Ghz, grafik adreno 205, dan xLoud audio, ia turut dilengkapi dengan android paling terbaru iaitu android 4.0. Spesifikasi ni pada aku memang sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Pada yang berminat, ini ada satu berita baik. Telefon bimbit ini boleh didapati di pengedar rasmi sony di seluruh negara bermula esok. 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...